Apa yang perlu dilakukan selepas BREAK UP?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebut pasal break up, mestilah ianya sinonim dengan nak move on dan lain-lain. Jadi inshaaAllah aku akan kongsikan tips untuk teruskan kehidupan dengan bahagia selepas korang putus cinta/hubungan. Moga membantu korang untuk maju ke hadapan dan tak sangkut dengan kenangan silam yang lama. Yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman aku jadi ianya terbukti berkesan buat aku. Untuk korang pulak, boleh ambil yang mana boleh dan teruskan kehidupan.

Aku dulunya masa lepas putus cinta dulu tu, aku gunakan teknik cliche selepas break up :

  • Sibukkan diri
  • Jarakkan diri
  • Mula membenci dia untuk lupakan

Tapi malang, cara itu langsung tak berkesan buat aku malahan buat aku lebih rindu pada orang yang pernah aku sayang dulu. Entah apa-apa punya tips. Haha. Alhamdulillah banyak perkara yang aku belajar di ketika proses move on. Sebab itu aku banyak selitkan tentang hubungan di kedua buku aku yakni Reinkarnasi dan Rehabilitasi, sebab bagi aku itu juga antara masalah yang paling nyata bagi seorang manusia yang mempunyai perasaan.


PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN,

SELEPAS PUTUS HUBUNGAN/CINTA

  • TERIMA KENYATAAN

Ya, yang kau harus lakukan adalah terima apa yang terjadi. Selagi kau tak terima dan redha dengan apa yang terjadi, selagi itu kau masih terawangan (lost) dalam kehidupan. Kau harus terima kenyataan bahawa dia bukannya milik kau dan inshaaAllah Allah akan jumpakan kau dengan yang lebih baik daripada dia. Lebih baik pada konsep ini tidak bermaksud bekas pasangan kau itu jahat dan sebagainya tapi lebih baik bermaksud kau akan dijumpakan dengan seseorang yang lebih boleh tahan dengan barannya kau, terima baik buruk kau dan lain-lain.

  • JANGAN STALK/INTIP DIA LAGI!

Ya, kau rasa rindu. Gila tak rindu, dah lama bersama-sama tiba-tiba terputus macamtu, mestilah kau nak ambil tahu pasal dia. Dia buat apa, dia sedih tak bila dah lepas putus and all that. Tapi jangan ikut hati. Kau kena latih diri kau untuk hidup tanpa dia. Seperti yang aku buat dulu, aku unfollow semua akaun sosial media dengan yang dulu-dulu tu dan siap buang no telefon lagi. Nampak macam kejam, tapi lagi kejam bila kau cuba nak lupakan dia tapi bayangan dia selalu ada di depan mata kau. Jadi pilih, nak sangkut di kisah lama atau teruskan hidup dan ada kehidupan yang lebih baik?

  • JANGAN LUAH PERASAAN DI MEDIA SOSIAL

Ini ramai yang buat. Bila lepas break, mulalah nak upload gambar hati retaklah, lepastu tweet putus cinta seperti “Aku tunggu kau, aku sayang kau, kenapa kau pergi?” Hahaha. Untuk pengetahuan kau, berkongsi perkara sebegini di media sosial, hanya memburukkan lagi keadaan. Kau kena tahu, bila manusia lain baca status kau, lebih banyak negatif daripada positif. Contohnya, “Masa bersama dulu, bukan main happy lagi, bila dah break meroyan macam orang gila“. Jangan keruhkan lagi keadaan. Ada benda kita tak perlu kongsi dengan semua orang. Lagi-lagi hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan.

  • CERITA DENGAN ALLAH

Di waktu kau tersungkur jatuh selepas kau dah bahagia ni, baru kau tersedar banyak perkara. Betapa kau hanyut dengan perasaan sayang dan cinta. Sebenarnya Allah wujudkan perasaan indah itu untuk buat kau makin rapat dan cinta dengan Allah dan bukannya semakin melekakan. Cari Allah semula. Berceritalah dengan Allah. Ceritalah kesakitan hati kau dan hancurnya harapan kau. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya. Akan ada orang kata, “Haa, dah jatuh baru nak cari Tuhan“. Jangan layan orang macamni, biarkan dia. Setiap hamba itu apabila dia susah tapi dia tak cari Tuhan, itu bukan hamba, itu hambar punya manusia. Eh apa aku cakap ni. Haha.

  • YAKIN DENGAN ALLAH

Kau kena sedar banyak perkara, setiap dugaan yang menimpa kau itu bersebab. Mungkin Allah nak buat kau tersedar atas kelekaan kau, mungkin juga Allah nak ubahkan kau jadi manusia lebih baik. Yang lebih kau kena ingat, setiap dugaan itu memang bertujuan untuk buat kau lebih kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Yakin dengan Allah, bahawa Allah akan jumpakan kau dengan yang lebih baik dan kau akan kecapi bahagia itu bersama orang lain yang lebih menghargai dan menghormati kau. InshaaAllah, jika kau yakin, kau akan tahu untuk pujuk diri kau.

  • BERI MASA

Bila aku putus cinta dulu, apa yang orang kata pada aku adalah “Woi, carilah pasangan lain“. I was like, taknaklah aku, aku baru putus lah woi. Apabila kau dah suka seseorang dan rasa itu hancur, perkara yang paling penting untuk kau buat adalah beri masa pada diri dan hati kau untuk pulih. Dahulunya aku ambil masa sehingga dua tahun untuk move on. Mungkin sebab dulu aku guna tips move on yang salah (Haha) dan aku sendiri tidak tahu apakah definisi sebenar maksud move on itu sendiri.

  • HAYATI MAKSUD SEBENAR MOVE ON

Maksud sebenar move on bagi aku adalah,

Kau sudah boleh teruskan hidup dan kau sudah penat menunggu dia kembali.

Dan kau percaya, dia dijadikan untuk manusia lain dan kau juga berhak memiliki bahagia kau tersendiri.

Jangan hanya berkata move on pada mulut tapi sebenarnya tidak. Kau harus lepaskan dia daripada ingatan dan kutip balik sisa diri kau yang ada untuk kau jadi lebih kuat dan teruskan perjalanan hidup kau. Apabila aku kata lepaskan, itu tidak bermaksud kau lupakan. Kau kena terima kenyataan, manusia tidak boleh melupakan lagi-lagi orang yang pernah beri kau perasaan indah. Tapi apabila kau lepaskan dia dari ingatan, kau akan capai ketenangan dan kefahaman tentang kebahagiaan yang kau layak terima.

  • JANGAN PAKSA DAN TERHEGEH

Apabila dia sudah tidak mahu kau, jangan paksa dia terima kau. Itu mengemis cinta. Dia sudah taknak kau, jangan menjual maruah kau semata-mata untuk diterima. Kau itu manusia, tidak layak mengemis untuk disayang dan dicintai. Dia taknak kau, it’s fine. Mungkin dia terlampau buta untuk menghargai kau dan terlampau baran untuk lebihkan sabar dengan kau. Tidak mengapa, nanti Allah jumpakan kau dengan yang lebih baik. Kau berhak untuk manusia lain.

AKHIR KATA

Ya, perasaan cinta/sayang itu indah. Aku juga pernah mengalaminya dahulu. Tapi jangan sampai kita diperhambakan oleh cinta dan perasaan. Cinta pada manusia itu sepatutnya membuatkan kita lebih rapat bersama dan lebih bersungguh-sungguh untuk mengejar redha Allah, bukannya semakin menjauhkan. Kau harus banyakkan sabar pada waktu ini. Ya, perasaan itu sakit. Kau rasa hati kau bagai dirobek berulang kali. Lagi-lagi bila kau dapat tahu pasangan kau tu dah ada pasangan baru selepas kau (Woi, cepat betul kau cari penganti aku. Haha). Tapi kau kena faham, tidak semua manusia itu milik kita dan tidak mestinya kita gagal sekali dalam hubungan menjadikan kita tidak layak untuk berperasaan lagi pada manusia.

Percaya satu benda, one day, Allah akan berikan kau manusia yang terbaik buat kau. Yang boleh buat kau senyum, yang boleh hormat kau dan keluarga dan yang paling best, yang boleh pimpin/nasihat kau untuk sama-sama masuk syurga. Jangan mengalah. Teruskan bangkit dan kejar kebahagiaan kau. Kadangnya kita jumpa paku berteraburan di jalan raya dulu baru kita jumpa kedai barang hardware.

Selamat bangkit dan teruskan kehidupan. 😊

48 comments

  1. Macam lebih kurang laa kite punya cara nak move on nih. Unfollow semua tu yang memang selalu dibuat.

  2. Once dh unfollow semua, dh buang number, then tibe2 ade unknown number call… Si dia dtg kembali konon ingin jd sbgai kawan. Ape yg perlu sy buat? Habis meroyan balik ingt memory lama…

    1. mungkin ada yg tidak kena pada pasangan di mata mereka. percaya la, mereka tahu yg terbaik utk anak mereka

  3. move on itu tidak semudah seperti menutur kan nya. tapi kalau hati kau kuat, kau pasti boleh

  4. nak kuat balik bukan mudah, ambil masa utk anda kenal diri anda. org yg tinggal kita tu yg kurang bijak sebab tinggalkn org yg setia susah senang dr dy xdak apa2 lg.
    kuat wey ! huhu

  5. Its hard to move on..betul kata faiz lagi2 bila dah sayang sampai dah melibatkan whole family but if Allah dah kata itu bukan jodoh kau,kau stay la macam mana pun still sama..slow2 move on and insyaaallah if kita dekatkan diri kita pada Allah,Allah akan berikan pasangan yang baik and akan menghargai serta menyayangi kita..amiinn..just wait

  6. Setuju 100%. Sama dgn cra saya slps putus and Alhamdulillah lepas putus ni sy rasa lebih bahagia sbenarnyalebih dkt dgn Allah. Mudah je nk lupakan ex ni,lupakan dia mcm kita lupakan Allah sblum break up. Thanks info TFI.

  7. TFI. Sy baru putus dgn dia. Dia kata sy kongkong dia. Dia kata sy x boleh trima kehidupan dia yg friendly. Dia byk kawn prmpuan. Tp dgn sy, dia kata dia syg sye. Kami dh janji nk khwin and family pun dah kenal. Sakit sgt rasa ni. Sy mnx dia maaf kn sy. Sy skrg dah akhir sem dan dia sme tmpt sy bljr. Sy mnx dia beri sy peluang utk sama2 baiki. Kalau dia masih terasa trkongkong, sy kata dia boleh lpskn sy lepas habis final exam. Sbb masalahnye sy x boleh fokus ape2 utk study, selera xde utk mkn. Jiwa sy rasa lemah tnpa dia. Sy call dia byk kali. Dan skrg dia x angkat pun. Sy perlu move on atau nk tggu hati dia sejuk utk brfikir dgn lebih jelas..? Knp mudah syg dia berubah

    1. Sabar la.. hati prempuan mmg cm ni kan.. mudah mengalah dgn hati, lelaki rse kita kongkong dia, tp dia xthh sbnrnye tu kita takut kehilangan dia.. maaf kalau sy menyelit, hanya sekadar mmberi pendapat, kita nk jadikan dia pasangan hidup ke kalau hal macam ni dia xmmpu nk slow talk , jgn nampak cinta perempuan itu murah.. bangun lah.. ingat Allah.. bnykkn fikir kite blaja kerana Allah utk ibu ayah dan keluarga.. xsalah kita sedih tapi jangan smpai kesedihan itu merosakkan masa depan kita.. Allah nk uji kita sbb Allah nk kita balik padaNya bkn balik pada si dia.. bila lelaki tu xnk kita.. xpla.. angkat kaki dan jalan, awak akan jumpa sinar yg lebih beri pelangi dlm hidup awk, cuba lah,, saya dah cuba.. alhamdulillah.. mmg susah.. memang kita xkuat tp kita kene kuat.. banyak balik semula pd agama.. pd yg selayakNya .. teruskan kehidupan n fokus exam.. buktikan walau pun kita ad mslh dgn dia.. kita mmpu score markah yg terbaik.. cubalah.. jgn tunduk pada cinta.. biar cinta yg tunduk pada kita.. maaf andai silap.. niat sekadar membantu.

  8. Saya jatuh cinta pada seorang gadis.. Alhamdulillah pakaiannya ikut sunnah. Dan saya melamarnya menjadi isteri. Dia terima lamaran tersebut. Bahagianya rasa..

    Tapi itu x lama, baruni die mngaku die dah takde dara.
    Allahu! Patah seribu hati.. Hanya mampu menangis..

    Saya seorang lelaki tidaklah lelaki baik tapi sye jarang bercakap dengan wanita apatah lagi menyentuhnya. Sebb sye percaya lelaki yg baik ntuk pempuan yg baik.. Tapi Allah uji sye dengan ujian ni.. Hanya Allah tahu betapa pedihnya hati..

    Dara? Kalau tiada dara disebbkan aktiviti lasak, sye x kisah.. Tapi memikirkan dia dah pernah disentuh lelaki dan bersama dengannya, itu yg buatkan hati ni pedih.. Lelaki mana dlm dunia tidak patah hati bila tahu pasangannya pernah terlanjur?

    Walahpon pedih, sye tetap nak terima dia sebab sayang dan mahu bimbing dia..

    Tapi mak n ayah dia x bagi kawen awal atas alasan dia anak sulung. Mak ayah dia tatau anak die dah terlanjur dlu. Takde sape tahu melainkan sye.

    Gadis ni mahu nikah cepat sbb katanya nafsu dia dh berubah sejak disentuh lelaki. Tapi masalahnya mak ayah dia plak x bagi dia kawen awal.

    Jiwa kami terseksa.. Skang kami hanya mengikut takdir Nya

    1. Saya seorang perempuan yang baru nak berjinak dengan cinta semula setelah bertahun menyendiri. Dan kisah saya lebih kurang macam awak. namun ni kes seorang lelaki, dia mengaku dia tiada teruna dan dua kali melakukannya. saya cuba terima dia, untuk membimbing dia kearah yang baik. namun dia lebih selesa untuk mengajak saya melakukan perkara bukan bukan, saya bertegas. sedangkan saya perlukan hanya cinta dan kasih sayang. dan akhirnya, saya cuba pergi dari hidup dia, dan dia tak datang cari semula pun…. saya percaya ALLAH tarik dia dari kehidupan saya agar saya tak terjerumus sekali. Namun awak bertuah, dia nak berubah, namun keadaan tak mengizinkan.. namun hanya satu senjata umat islam. doalah senjata manusia, awak doa untuk kebaikan dan awak akan nampak jalanNya.

      1. Awak, saya boleh faham perasaan awak. Ex saya dulu pun pernah terlanjur, saya terima buruk baik dia. Tapi malangnya dia taknak kat saya, sebab nak pelihara saya.

        Saya harap awak tabah, kuat dengan ujian Allah. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya yg pernah terlanjur, memang susah nak kawal nafsu. Saya harap awak dapat jaga teman wanita awak sebaik mungkin.

        Niat yg baik In Shaa Allah dipermudahkan. Jangan putus asa, teruskan berdoa!

    2. SubhanAllah dugaan awak begitu susah untuk awak hadap. Moga awak tabah dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Hanya DIA mampu membantu kita

    3. Awak, saya boleh faham perasaan awak. Ex saya dulu pun pernah terlanjur, saya terima buruk baik dia. Tapi malangnya dia taknak kat saya, sebab nak pelihara saya.

      Saya harap awak tabah, kuat dengan ujian Allah. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan saya yg pernah terlanjur, memang susah nak kawal nafsu. Saya harap awak dapat jaga teman wanita awak sebaik mungkin.

      Niat yg baik In Shaa Allah dipermudahkan. Jangan putus asa, teruskan berdoa!

  9. ขอบคุน สำหรับ ทุกๆคำที่ทำให้ทุกคนลุกขึ้นยืนมาสู้,,

  10. Dah elok2 boleh move on .unfollow semua akaun sosial dia .tk de da stalk2 bgai .then lpas tu dia contact balik .yang lagi sadis .fmily dia pun contact balik .meroyann bak hang

  11. Ya Allah tekena sgt2 setaun yg lalu lps brek n move on,Alhamdulillah brek itu mbuatkan sy lagi mndekat kan diri pd Allah.. Terima Kasih Awak sbb nak brek dgn sy.. Wlupun 1st tu rasa nak gile pun ade smp mnghilang bgitu lama spupu smp tetanye2 ehh lama tak nampak.. A lot of thankfull for Allah S.W.T..n knp la dak jumpa IG Faiz 1years ago

  12. Alhamdulillah dan itulah yg sedang saya lakukan. Move on dgn cara yg betul dan sentiasa dekatkan diri dgn allah. prinsip sya satu.. sekiranya sya menjaga hubungan yg baik dgn allah. Allah juga akan menjaga hubungan yg baik sya dgn sesama manusia atau makhluk yg di ciptanya. Alhamdulillah sya sedang menuju kebahagian walaupun berulang kali lemah kemudian bangun dan bangkit utk mencari kebahagian d dunia utk akhirat nanti.. sebab sya sedar yg sya sendiri perlu berubah dn buat perubahan dan sya yakin kebahagian utk sya allah dah sediakan cuma perlu tabah kuat dan sabar menanti serta percaya pd allah pasti ada jalannya. insya allah..

  13. lepas break, jangan dengar lagu sedih. sbb bila dh start dgr, rasa nk dgr lg, nk dgr lg. pastu mula la meroyan tak boleh nak move on. hahaha. even susah, jgn layan hati. tersesak wehh. thank you TFI for the tips.

  14. seseorang yang lebih boleh tahan dengan barannya kau. Moga aku tabah utk tak jadi baran. Haha

  15. Kata² nasihat abang sangat bernas..kipidap untuk terus bagi semangat dekat orang lain..tahniah bro

  16. bro, acaner plak bila da melupakn dan mengorak langkah nak move on. tetiba c ex muncul and then say rindu , tup2 semua kenangan kaw bersma dye muncul semula .tk ke sakit mcm uh. How nak hadap situation mcm nie . even hati da redha hidup tanpa dia.

  17. Menangis baca , terima kasih bro faiz. Lisa akan cuba sedikit demi sedikit. Moga Allah panjangkan umur bro faiz dan dimurahkn rezeki sebab banyak tolong orang yang dah down .

  18. Kalau dia berkawan dengan kita lagi takpe ke? means cuba lah nak elakkan perasaan dulu dtg kembali, cuma berkawan even dulu pun mula nya berkawan.

  19. Yup, setuju dgn TFI. Bila kita terima dan redha, insyaAllah boleh move on. Teringat dan rindu tu biasa, cumanya kene kawal dan belajar menepis perasaan sebegitu.
    Kipidap dongibab utk tulis lagi!

  20. Salam abg faiz. Sy dh lma jdi silent reader abg faiz. Sy suka bca smua ayt ayt abg faiz dkt lmn sosial. Tpi sy tak berkesempatan lgi nk beli bku bku abg faiz. Ayt2 abg faiz the best! Sy baru ptus cinta, 4 bln yg lps. Sy ptus sbb dia yg mintak. Dia kata dia nk focus exm, and I just do wht he wnt. Dia dh jnji lps exm he wnt me bck. After hbs exm haritu, dia say sorry tht yg dia tk blh dgn sy lagi. Sy mcm org bdoh tnggu dia. Tpi sy syg dia lgi. Sy cuba nk lupa dia. Tpi ssah sgt. Dia still pkai brg yg sy bgi dkt dia. Dia tnjuk dkt lmn sosial. Apa motif dia ye? Dia mcm bg harapan dkt sy. Mcm mna sy nk buat lgi. Sy cuba nk move on and go on hdup tnpa dia. Hri hri teringat. Rindu. Hmm. Tlg sy abg faiz. Tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *