TERUK SANGAT KE SINGLE?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Nama saya Faiz Ibrahim, kepakaran saya adalah single sejak putus cinta dahulu. Kahkahkah. Rasa tak baik pulak aku ketawakan diri sendiri. Hari ini aku nak cerita pasal isu single/sendiri/masih tak jumpa cinta. Sebab dulu aku pun riuh satu kampung hanya sebab aku single. Yelah, tak seronok betul bila kau tengok yang lain dah berpunya, tapi kau masih single.com, rasa menyampah pulak dengan diri aku pada ketika itu. Tapi sebenarnya, being single is not that bad.

  • SENDIRI ITU LEBIH BAIK UNTUK SESUATU SITUASI

Ya, kadang-kadang menjadi seorang manusia yang tiada pasangan ini, memberikan kebaikan buat dia pada waktu tertentu. Contoh waktunya Continue reading

Cerita Reinkarnasi dan Rehabilitasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana akhirnya satu cita-cita aku sudah kesampaian, yakni untuk menghasilkan buku aku sendiri. Siapa sangka aku boleh lahirkan buku aku sendiri dan boleh masuk ke bookstore dan sebagainya. Terima kasih Allah untuk peluang dan segala kebaikan yang telah Dia beri pada aku.

  • MATLAMAT MENGHASILKAN REINKARNASI

Sebenarnya Reinkarnasi ditulis atas permintaan kawan-kawan aku di media sosial dan aku rasa, apa salahnya aku cuba menulis. Niat pertama Reinkarnasi Continue reading

SAMPAI BILA MAHU TUNGGU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca.

Baru-baru ini aku diajukan soalan daripada pembaca website aku mengenai tunggu. Dia tanya, sampai bila nak tunggu? Dan dia tolak segala manusia yang datang atas alasan dia tidak boleh lupakan yang dulu. Dia tak boleh nak lupakan segala kenangan dia bersama bekas si dianya yang dulu. Tidak mengapa, bagi aku itu adalah biasa. Ada jenis manusia senang melupakan, ada jenis manusia yang lain pula, jenisnya setia dan hatinya susah terbuka untuk manusia yang cuba datang.

  • MENUNGGU ITU PERKARA BIASA

Menunggu dia datang semula selepas kalian sudah tiada apa-apa hubungan, itu adalah perkara biasa. Setiap manusia mahu cuba peluang kedua, setiap manusia itu sentiasa mahu perbaiki Continue reading

Kau suka dia atau kau obses?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Ada ketika bila zaman bercinta aku dahulu, ada kawan aku sampai kata pada aku, aku tengok kau ni faiz, nampak macam obses dekat dia bla bla bla. Masa tu aku ego, mana aku nak mengaku. Aku kata, eh taklah, aku memang suka dia. Kau pehal sibuk-sibuk. Haha. Tapi bila dah lama-lama, baru aku sedar, aku obses pada dia. Obses itu bahaya sebenarnya. Mungkin kerana itu detik percintaan pertama aku, jadi aku agak gelabah sikit orangnya. Maklumlah budak baru nak naik, bercinta macam masalah dunia. Haha.

  • APA BEZA SUKA DAN OBSES?

Suka itu bagi aku umpama kau mahu bahagia sama-sama dengan dia, dan kau fikir pasal dia, dan dia fikir pasal kau. Kau bertolak ansur dan banyak rendahkan ego untuk sama-sama bersama. Obses pula Continue reading

Rebah itu biasa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Rebah itu adalah suatu perjalanan buat manusia. Ada manusia bertanya pada saya, mengapa mesti setiap manusia itu rasa rebah? Rebah itu sakit. Kenapa Tuhan itu jadikan dugaan dan cabaran dunia hingga menjadikan seseorang manusia itu bisa jadi rebah? Adakah Tuhan itu tidak cukup sayang kita?

  • REBAH ITU UMPAMA PIL KUAT

Rebah itu boleh dijadikan sebagai dua hal. Satunya dia akan buat kau makin jauh dengan dunia. Buat kau rasa seolah kau ini tidak berguna, itu ini dan segalanya kurang mengenai kau. Tapi Continue reading